Archive

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

touching..terasa segala bagai…

hurmmm lately ….aku rasa makin lama makin teruk kes touching2 ni..a.k.a terasa… orang sekeliling aku pon sama…. dulu bukan main tough sorang2.. sekarang…. asal bergurau yang tahap semut pon nak taouching segala bagai… aku lagi lah..memang berderai air mata terus… senang gile menangis.. hurmm maybe stok air mata banyak sangat kot.. tu yang asyik keluar je…. yang aku perasan sejak 2 bulan la aku mula touching segala bagai ni……….. naik bosan sebab susah nak jadi orang yang tabah… biler fikir balik.. bende ni kecik je..sebab lepas ni banyak lagi bnde yang aku kn lalui…. cabaran makin lama makin banyak… ntah la.. yang orang sekeliling pon satu.. dah2 la tu nak sakitkan hati orang……….

kadang2 susah jugak jadi terlalu transparent….means bagitahu direct pada person tu yang dia ade buat salah and tak puas hati…. wahhh naik gile aku fikir hal orang… tapi orang ade fikir hal aku….. perasaan aku?? asyik nak malukan aku depan orang lain… ibarat aku tk de perasaan,,,

so…aku yang kena tough ke or orang sekeliling patut berubah???????

tak de jawapan ……………………………

Genap 2 bulan……….

Hari ni genap 2 bulan aku tk post pe2 cerite kat blog aku ni..saje………

dalam tempoh 2 bulan ni gak mcm2 cite jadi kat aku….

yg paling hebat seminggu lepas..haahhaah PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA 2009/2010….

ak bertanding calon umum..

ape2 pon tu semua pengalaman yang aku kutip….penat gak bertanding ni..kena pergi berkempen la…meeting la..kena pasang strategi la….

and result tak rasminya,..aku kalah dengan peroleh undi sebanyak 4186….banyak tu…..aku org yg ke10 kot…ok la tu kan..

Sekarang aku tengah adapt hidup ak kepada yg LEBIH normal….

aku hanya akan bekerjasama dengan orang yang betul2 perlukan ak…..

bukan guna aku bile susah and cari aku bile perlukan khidmat ak…NO WAY…… korang dah pandai mule..so pandai2 la akhirkan….

kalau korang emo ngan aku….aku 1000 kali emo ngan korang…. KORANG INGAT AKU PE???…(SORY KASAR BAHASA)….

pandai pulakkan cari aku, message ak bile nak sumthing…..aku pon ade perasaan gak….

aku tahu aku sekadar watak tambahan yang ditambah saat2 akhir….tp macam ni ke korang buat kat aku?????

AKU HARAP SEM NI BERLALU NGAN CEPAT..AND TAK PERLU ADE PE2 MEMORY………..

:”(

Categories: Uncategorized

Assignment yg menggunung dah tggl sikit….

hr ni aku dgn jayanye aku submit 1 asgmnt..huhuuhu so tggl 5 kot asgmnt kn buat…

gumbira tol…

tp tak th ler kualiti mcm ne….

hope bleh di trima…

mlm ni plak nk bt asgmnt kbkk….huih..ade plak kn potostat 50 questionaire..giler ah dingdong….

ingt dlm 5 jek….

so sape2 nk jwb questionaire aku sile msg aku….yek yek...

Categories: Uncategorized

Exam oh exam…..

April 19, 2009 1 comment

diam tak diam dah dekat satu tahun aku belajar kat um ni…macam2 aku dapat..yang manis,yang pahit,yang kelat semua ade…hahahah…21/4 ni aku start exam,…. so sekarang masa untuk aku study….aku ni jenis study last minute…hahahha..dah try nak study awal..tp tak bleh je….

kepada member2 yang lain gud luck guys…..

oo lupe nak share story..15/4  yang lepas…best friend aku ,myra selamat lahirkan baby boy..nama anak dia mohammad harraz iman..mak and anak sama-sama sihat… lepas ni giliran sape plak ye…hehehe… kepada myra congratulation dari member2 mu ni….jaga n didik anak sebaik baiknya….

Tentang Hidup…..

Mesti korang pelik @ timbul persoalan asal aku tulis “tentang hidup” ni…. sebenarnya aku tulis nie sebab nak ceritekan kisah hidup aku dalam 2 3 bulan ni.. aku rasa macam down gile dalam masa ni ( sampai sekarang dan tak tahu bile ok semula ). Bermula dengan uruskan projek  hingga sekarang motivasi aku makin down…. dan sekarang aku makin down & stress sebab laptop aku rosak……semua keje tak jalan antaranye assignment, laporan, buat presentation, nak surf internet pon susah… aku sebenarnye malas nak pinjam laptop or computer orang…. aku tahu member aku pon banyak gak keje nak buat.. so malas nak guna laptop diorang…Aku tahu ada yang tak suka aku pinjam laptop diorang….so aku minta maaf la…

SEKARANG WAKTU AKU MENULIS BENDE NI MEMANG AKU TENGAH BENGANG GILER…. LEPAS NI SAPER2 NAK NYUSAHKAN & NAK MINTAK TOLONG DARI SORRY LA YE..AKU TAK NAK LAYAN….. NAK EXAM NANTI JANGAN TERHEGEH2 MESEJ AKU NAK NOTA,,,,CARI SENDIRI YE..

 

DAH AKU MALAS NAK TULIS LAGI……

Pemilihan MPMUM: rasuah, kepala b**i, maruah Islam.

January 17, 2009 2 comments

Panas,panas!!!!! aku tengok pemilihan MPMUM makin panas. Bermula dengan kisah rasuah pada hari penamaan calon hingga la kisah terhangat isu kepala b**i yang diletakkan di dalam masjid Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya… kalau setakat rasuah, seleweng wang tu biasa ler kite dengar..sebab dengar cite ade sorang calon dari satu parti ni di beri rasuah sejumlah wang yang sikit je supaya masuk ke parti satu lagi….isu ni berkaitan dengan Pihak Atasan pulak tu…..Tapi isu yang paling besar,tentang ade kepala binatang najis mughalazah dalam masjid….gile ke ape…saja nak main isu agama….umat akhir zaman dah makin teruk..yang jadi isu sekarang siapa yang buat, anggota Pro M atau Aspirasi..masing-masing tuduh antara satu sama lain…ade gak yang kata orang lain yang lakukan,,,saje nak buat provokasi..supaya Pro M dan Aspirasi bertelagah sesame mereka…in bukan perkara yang dipandang ringan,ini berkaitan MARUAH AGAMA ISLAM.. kalau masjid senang-senang diperkotak-katik macam tu… bermakna Islam ni dianggap sama dengan agama lain…aku rasa mesti kaum lain hanya ketawakan kita tentang isu ni…semalam, kawan aku ade tampal tentang isu kepala b**i ni di kolej kediaman aku,,, petang tu bile tengok balik, kertas tu dicabut…padahal dalam kertas tuh hanya tertulis “INI BUKAN ISU POLITIK, INI ISU AGAMA”…maybe ade yang pihak yang terasa…mereka cabut kertas tuh…..padahal kertas tu tak tulis pulak Pihak Aspirasi atau Pihak Pro M yang buat kerja terkutuk tu…yang diorng terasa sangat ngape? dan kenapa cabut kertas tu,,,nampak sangat la Pihak “TU” yang buat…aku pelik gak,,,nama dah mahasiswa, tapi still pemikiran macam budak-budak,malu la sikit….thinking out of box la….ape-ape hal pon Isnin ni semua student UM akan buang undi…doakan la kemenangan kepada pihak yang benar,yang tegakkan Islam…renung-renungkan dan fikir-fikirla….

Antara Palestin & Pilihan Raya Kampus

January 11, 2009 2 comments

Sehingga hari ni, Palestin terus dibedil oleh pihak yahudi laknatullah.. ini lah antara isu yang hangat di perkatakan oleh dunia…. ada yang melakukan demostrasi aman, ada yang melaukan solat hajat, dan macam-macam lagi bagi membantu umat seagama dengan kita… Tapi di Malaysia, terutama di universiti, antara isu yang sibuk diperkatakan ialah Pilihan Raya Kampus…. antara Aspirasi (tukar nama dah Penggerak Mahasiswa), Pro Mahasisiwa (Pro M) , dan Calon Bebas yang mana satu pilihan anda??… Ada negara yang sibuk buat demostrasi aman untuk mengecam pihak yahudi laknatullah, tapi di Malaysia, sibuk demostrasi untuk pilihan raya kampus….bukan tak berminat tentang PRK ni… tapi bosan….walaupun ini pertama kali, tapi dah boleh fikir mana baik dan buruk… banyak dah dengar cerita dari pelbagai pihak… yang ini salah kan, burukkan yang itu, yang itu salahkan, burukkan yang ini… tak berdemokrasi langsung… Hai nama pon dah pelajar “U”, matang lah sikit…apa-apa pon pilihlah yang terbaik, yang berkeliber, yang mempunyai kepimpinan yang tinggi, dan yang paling penting mempunyai pegangan agama yang tinggi kerana kepimpinan dan agama tak dapat dipisahkan…

Akhir kata, SELAMAT KAN PALESTIN DARI YAHUDI LAKNATULLAH…ITU YANG PENTING!!!!!!!

Categories: Uncategorized