Archive

Archive for March, 2009

Macam ELLA la….

March 19, 2009 3 comments

Dah lama gak aku tak update blog aku ni.,.hehhheh…biasala sibuk je memanjang….hahahha…. sekarang ni aku ditimpa masalah hilang suara….tu la jadi macam suara Ella….rock gile….nak buat presentation pon susah…… ni gara-gara aku terjumpe “seseorang” la ni masa aku pergi HEP Isnin hari tu…..balik dari HEP terus rasa semacam je kat tekak ni (apa kena mengena “orang tu” dengan suara aku ni)….ingat tonsil bengkak….rupanya just sakit tekak je…. pastu ingat nak pergi klinik pelajar hari Selasa… tapi hari Selasa tu aku terpaksa pergi Mid Valley dengan Zawiyah & Saadiah untuk cari dan beli buku yang tak ade perkara negative pon dalam jalan cerita tu……so akhirnye aku jumpa gak buku tu..tak tahu la diterima ke atau tak….

Aku decide untuk pergi klinik pelajar hari Rabu….Aku janji nak pergi dengan Tikah yang demam…so kitaorang pergi klinik pukul 3 guna van Kolej….setelah di check oleh doktor, aku just dapat ubat batuk nagn ubat sakit tekak…Tikah plak suspect denggi….tapi negativela…..

Aku harap suara rock aku ni hilang secepat mungkin sebab suara ni diperlukan sangat untuk menjerit dalam kelas,… kepada  Tikah cepat-cepat la sihat ye..jangan lupe makan ubat…bukan senang nak pergi klinik pelajar naik van kolej..huhuhuhu