Archive

Archive for January, 2009

My 1st niece….

January 28, 2009 9 comments

Kali ni aku nak cerite tentang anak sedara 1st aku… Nama dia Nur Syifa Imani (Cahaya Penyembuh Imanku) Bt Mohd Khairul Jihadi… dia ni anak abanglong aku…. lahir 23 Julai 2008… sekarang dia dah pandai meniarap… tapi boleh sekejap je merangkak ke depan…hehehe… bagi seorang kanak-kanak normal,pada umur 7 bulan diorang selalunye dah boleh merangkak dah… tapi bergantung gak pada keupayaan, kesediaan, dan ransangan dari sekeliling… tak semestinye kalau dah umur 7 bulan tak boleh merangkak bermakna budak tu tak normal..semua ni bergantung pada budak tu…. (untuk pengetahuan semua budak ni akan jadi bahan eksperimen aku.. hahahah).. so kat sini aku nak kongsi gambar Syifa’ ni….

Syifa' umur 4 hari

Syifa' umur 4 hari

Syifa’ ngan wan dia….

ni umur 10 hari

ni umur 10 hari

tengah berjemur untuk elak demam kuning….

umur 18 hari

umur 18 hari

gaya tidur yang agak pelik….

umur 28 hari

umur 28 hari

ni tengah mimpi jadi ultraman la ni…..

umur dah sebulan...

umur dah sebulan...

cute nye dia..heheheh

umur Syifa' 4 bulan

umur Syifa' 4 bulan

umur 5 bulan

umur 5 bulan

ni 1st time Syifa’ meniarap…agak payah gak nak encourage dia meniarap…sbb sebelum dia hanya tahu pusing badan..pastu dia give up…tapi biasa la tu bagi bayi..sebenarnya dioarang punye motivasi lagi tinggi dari orang dewasa..diaorang akan mencuba dan terus mencuba… so kpd sesiapa yang cepat give ikut la motivasi bayi…jadikan mereka contoh.. tak gitu Syifa’???

umur 5 bulan....

umur 5 bulan....

gambar masa raya haji 1429 hijrah

6 bulan

6 bulan

Kanak-kanak Ribena….

umur 5 bulan

umur 6 bulan

Syifa’ ngan Aki…gembira tol dia

umur 5 bulan

umur 6 bulan

time ni bayi hanya boleh makan makanan yang lembut…contoh biskut yang larut dengan air & bubur yang cair…tu pun depend pada bayi tu gak sbb ade yang umur 5 bulan still hanya minum susu je..mungkin diorang tak sedia lagi nak terima makanan lain..

Umur 5 bulan

Umur 6 bulan

try untuk merangkak…tapi boleh gerak ke belakang je…ke depan hanya boleh 1 @ 2 gerak je…GO Syifa’!!! Chaiyok Chaiyok..

Sekarang ni aku tengah tunggu anak sedara aku yang ke 2 (anak abang Ngah) yang akan lahir Insya ALLAH dalam awal bulan 2 ni…so Syifa’ tak lame lagi dpt adik  le….hehehe (^_^)

 

PAKK Photoshoot 1st year 08/09

15/1/2009 hari tu geng-geng course Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya ade photoshoot untuk majalah persatuan kitaorang…so kat aku ade la dalam 4 5 keping gambar untuk di share…..

Awat tu Farahin????

Awat tu Farahin????

kelakar sungguh gambar ni…..nak ketawa je bile tengok….

1..2..3..alamak Yati ko tunjuk per tu!!!

1..2..3..alamak Yati ko tunjuk per tu!!!

Student PAKK 1st year 08/09

Student PAKK 1st year 08/09

Kite yang ceria....chaiyok chaiyok....

Kite yang ceria....chaiyok chaiyok....

Look back..hehehe...we from Faculty of Education, University Malaya...

Look back..hehehe...we are from Faculty of Education, University Malaya...

Ni la gambar-gambar kitaorang….ceria tak?? Doakan kitaorang berjaya ye….kepada member2 PAKK gud luck semua…(^_^)

Pemilihan MPMUM lagi….(Bermula tampuk kepimpinan baru!!!)…(^_^)

January 22, 2009 5 comments

Sory lambat hantar posting yang baru..bz sesangat..mengalahkan calon MPMUM yang bertanding baru-baru ni…hehehhe…start dari 14/1/2009 iaitu sesi penamaan calon hingga 19/1/2009 adalah hari pengundian…. memang memenatkan..bukan aku yang penat, tapi mereka yang terlibat la penat..hehehe.aku just nyibuk je….

Boleh dikatakan pengalaman yang menarik semasa Pemilihan MPMUM sesi ini…aku tanya jugak senior-senior lepas2..diorang kata memang berlainan benar kali ni..1st, jentera kolej tak ramai dari tahun lepas especially dikalangan budak 1st year…2nd, kawalan dari jentera pon tak kuat mana sbb still ade flyers dari pihak-pihak tertentu yang masuk ke kawasan kolej kediaman…3rd, yang paling best, budak 1st year tak lagi dipaksa untuk ngundi calon-calon yang bertanding, sebab aku dengar dari budak2 senior diorang cerite masa tahun lepas, mereka dipaksa & diugut oleh orang2 tertentu untuk ngundi calon yang mereka tak suka…so kat sini kite boleh lihat 1st year tiada hak untuk ngundi & tiada demokrasi…maybe tahun ni jentera dah bijak…yelah mana taknye siapa yang sanggup jaga tengah malam untuk jd guard dipintu pagar dan setiap floor???lebih baik study or buat qiamullai..paling tak pon ZzZzz (tidur)..hehehee

Aku ikuti semua perkembangan tentang Pemilihan MPMUM..bukan ape maybe terlalu excited sebab nak tahu ape yang terjadi, dan berlaku…mana tahu tahun depan boleh jadi calon kalau layak…hahahah…pada malam penamaan calon, aku g ke Kompleks Perdana Siswa untuk kenal calon-calon yang bertanding..tapi menghampakan sebab tak ramai calon yang datang… malam tu gak aku ditawarkan menjadi wakil calon kepada seorang senior aku..tapi mungkin nasib tak menyebelahi aku..aku tak dapat jadi wakil calon beliau..tak pe2.. pada hari2 seterusnya macam2 berlaku dengan isu rasuah,  penyelewengan duit pelajar,kepala b**i didalam masjid APIUM…Pro M dituduh Pro Israel, Penggerak Mahasiswa buat road tour di kolej aku dan macam2 lagi…banyak pengalaman yang aku dapat….

pada 19/1/2009 ialah tarikh keramat..students Unversiti Malaya turun ngundi untuk memilih calon2 yang layak menjadi MPMUM…malam tu aku g ke Dewan Tunku Canselor untuk melihat sendiri macam mana keadaan kat sana..memang gamat, sebab pihak Pro M & Penggerak Mahasiswa, masing2 tak mahu ngalah…Pro M buat sedikit bacaan munajat, berdoa dan lain lagi….pastu kedua2 pihak masing-masing tak mahu ngalah masa buat cheers….semangat sungguh diorang ni..tapi malam tu aku tak duduk lama kat sana sbb penat sangat ditambah pulak assingment Dr. Mariani tak siap lagi..so aku bagitahu kawan2 aku, aku nak balik kolej…dalam pukul 1.30 pagi aku,Haifa & Suria balik ke kolej…

Pada pukul 4 lebih aku mendapat 1 sms dari Kak Nah yang bertulis “ALHAMDULILLAH KT MENANG..KERUSI UMUM KT DAPAT 8 KERUSI…KERUSI FAKULTI PON KT DAPAT BNYK….” aku mmg terkejut tapi dalam masa yang sama bersyukur sangat2 sbb akhirnye pihak yang tertindas menang juga akhirnya walaupun tipis..Pro M menang 21 kerusi dari 41 kerusi..untuk memastikan keputusan tu aku hntr message pada kawan aku yang duduk kat DTC lagi…dia kata memang betul…aku bersyukur sangat2…. Senior aku yang bertanding pon menang gak..bagus2..boleh jadi sifu aku nanti…

So sekarang ni aku nak tengok bagaimana tampuk kepimpinan yang dipimpin oleh pihak Pro M..OOoo lupe nak bagitahu semalam (21/1/2009) aku g fakulti APIUM untuk majlis kesyukuran Al-Fath sempena kemenangan Pihak Pro M… Aku memang salute pada Ayuni salah seorang calon MPMUM yang menang kerusi calon umum..walaupun banyak ujian,tohmahan,kutukan, pujian dan segala-galanye beliau tetap tabah…sanggup lagi g kelas lagi walaupun tengah berkempen…..aku ingat kata-kata beliau” walaupon Pro M dah menang, tapi kami yang menang tidak akan bawa nama Pro M…tapi kami akan membawa nama MAHASISWA dan menjaga hak dan kepentingan semua mahasiswa tanpa kira bangsa dan agama” lebih kurang gitu la bunyi nye…hmm 1 kata-kata yang amat bermakna….beliau berkata gak nak menjaga kebajikan mahasiswi UM ni…bagus2..

Ok la dah panjang lebar aku taip ni….nanti aku hantar posting lagi….(^_^)

Pemilihan MPMUM: rasuah, kepala b**i, maruah Islam.

January 17, 2009 2 comments

Panas,panas!!!!! aku tengok pemilihan MPMUM makin panas. Bermula dengan kisah rasuah pada hari penamaan calon hingga la kisah terhangat isu kepala b**i yang diletakkan di dalam masjid Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya… kalau setakat rasuah, seleweng wang tu biasa ler kite dengar..sebab dengar cite ade sorang calon dari satu parti ni di beri rasuah sejumlah wang yang sikit je supaya masuk ke parti satu lagi….isu ni berkaitan dengan Pihak Atasan pulak tu…..Tapi isu yang paling besar,tentang ade kepala binatang najis mughalazah dalam masjid….gile ke ape…saja nak main isu agama….umat akhir zaman dah makin teruk..yang jadi isu sekarang siapa yang buat, anggota Pro M atau Aspirasi..masing-masing tuduh antara satu sama lain…ade gak yang kata orang lain yang lakukan,,,saje nak buat provokasi..supaya Pro M dan Aspirasi bertelagah sesame mereka…in bukan perkara yang dipandang ringan,ini berkaitan MARUAH AGAMA ISLAM.. kalau masjid senang-senang diperkotak-katik macam tu… bermakna Islam ni dianggap sama dengan agama lain…aku rasa mesti kaum lain hanya ketawakan kita tentang isu ni…semalam, kawan aku ade tampal tentang isu kepala b**i ni di kolej kediaman aku,,, petang tu bile tengok balik, kertas tu dicabut…padahal dalam kertas tuh hanya tertulis “INI BUKAN ISU POLITIK, INI ISU AGAMA”…maybe ade yang pihak yang terasa…mereka cabut kertas tuh…..padahal kertas tu tak tulis pulak Pihak Aspirasi atau Pihak Pro M yang buat kerja terkutuk tu…yang diorng terasa sangat ngape? dan kenapa cabut kertas tu,,,nampak sangat la Pihak “TU” yang buat…aku pelik gak,,,nama dah mahasiswa, tapi still pemikiran macam budak-budak,malu la sikit….thinking out of box la….ape-ape hal pon Isnin ni semua student UM akan buang undi…doakan la kemenangan kepada pihak yang benar,yang tegakkan Islam…renung-renungkan dan fikir-fikirla….

Antara Palestin & Pilihan Raya Kampus

January 11, 2009 2 comments

Sehingga hari ni, Palestin terus dibedil oleh pihak yahudi laknatullah.. ini lah antara isu yang hangat di perkatakan oleh dunia…. ada yang melakukan demostrasi aman, ada yang melaukan solat hajat, dan macam-macam lagi bagi membantu umat seagama dengan kita… Tapi di Malaysia, terutama di universiti, antara isu yang sibuk diperkatakan ialah Pilihan Raya Kampus…. antara Aspirasi (tukar nama dah Penggerak Mahasiswa), Pro Mahasisiwa (Pro M) , dan Calon Bebas yang mana satu pilihan anda??… Ada negara yang sibuk buat demostrasi aman untuk mengecam pihak yahudi laknatullah, tapi di Malaysia, sibuk demostrasi untuk pilihan raya kampus….bukan tak berminat tentang PRK ni… tapi bosan….walaupun ini pertama kali, tapi dah boleh fikir mana baik dan buruk… banyak dah dengar cerita dari pelbagai pihak… yang ini salah kan, burukkan yang itu, yang itu salahkan, burukkan yang ini… tak berdemokrasi langsung… Hai nama pon dah pelajar “U”, matang lah sikit…apa-apa pon pilihlah yang terbaik, yang berkeliber, yang mempunyai kepimpinan yang tinggi, dan yang paling penting mempunyai pegangan agama yang tinggi kerana kepimpinan dan agama tak dapat dipisahkan…

Akhir kata, SELAMAT KAN PALESTIN DARI YAHUDI LAKNATULLAH…ITU YANG PENTING!!!!!!!

Categories: Uncategorized

Salam Tahun Baru (^_^)

January 5, 2009 1 comment

Hmmm belum terlmbat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru sama ada tahun baru masehi (2009) atau tahun baru hijrah (1430). Bile kata tahun baru, mesti berkait tentang azam tahun baru..perlu ke tu semua???… bagi aku la, tahun baru ke atau tak, yang penting semangat untuk teruskan hidup ke arah yang lebih baik dan berlandaskan syariat islam….takkan nak tunggu tahun baru je untuk tukar azam kita,macam mana kalau azam yang tak dapat di lakukan atau tak jadi atau tak tercapai pada tahun-tahun lepas??? mesti dibiarkan  macam tu aje…so siapa yang betul-betul ade azam tahun baru ni,lakukan la ia dengan besungguh-sungguh, jangan macam melepaskan batuk di tangga je…. g00d luck….

Categories: Kita in Celebration