Archive

Archive for May, 2009

Tentang PM!!!!!

Hmm hari ni dah nak masuk 7 hari aku jd PM…..mesti korang tanya-tanya ape kebende PM tu,…Perdana Menteri ke? Kalau perdana menteri best la aku….bleh ganti Najib..Tak de maknenye… PM tu Pembantu Mahasiswa…kira PM tu fesi untuk freshies yang akan masuk ke UM nanti…

Seramai 24 orang telah dipilih jd PM ni… kitaorang start rasmi jd PM 20 Mei….hari 1st ade kursus induksi…tapi tak happening….masuk hari-hari berikutnya,baru la best…masing2 dah tunjuk perwatakan sendiri…

Dari 24 orang PM,kitaorang dibahagikan kepada 6 biro..biro akademik  dan intelektual, biro Sukan dan kerohanian, biro disiplin, biro domestik, biro seni sorakan, biro kebajikan (sape sakit 2x)…. aku dapat biro akademik dan intelektual dengan 3 orang lagi–>chung,aril,nizam (tarik diri, so tinggal 3 jek)… kitaorang biro paling best….sebab attendent selalu penuh….(mesti biro lain dengki dgn statement nii…HAHAHAHA…..)

Hari-hari berlalu dengan tahap stress makin tinggi…blood pressure makin naik….macam-macam lagi.. tapi kitaorang semua tetap sabo jek…. mintak newspaper pon la tak lulus…rasa macam bodo jek duduk kat kolej ni..tak tahu current issues langsung..macam ne nak tahu tentang virus H1N1….macam ne nak th hal politik..macam ne nak th tentang hiburan (erk…penting ke??)…

Tak semua tak best….banyak gak yang best…dengan lawak-lawak yang boleh mengalahkan nabil, stress pon hilang…. nak tak nak kena layan jek….

Lepas ni nak g kursus induksi luar kolej plak..ingat dapat lag pulau2 ke..alih2 kat P.D jek..dah la 2 hr je…hmm tp tak pe..at least ade gak kan keluar dr UM ni,….dari terperuk dalam kolej ni…..dah macam anak dara zaman dolu2 plak…..hwwa hwaa hwhaa….

Lepas ni banyak lg bende alah kitaorng kn hadapi….nak2 plak ngan HEP & kolej..Hmm  sabo je la..

ADIOS AMIGOS (^_^)

Advertisements

Kerana UKHWAH itu INDAH (^_^)

Aku  terfikir sejenak…. sejak aku hidup ni ramai orang aku jumpe,berkawan dan bersosial….yelah kita kena gak bersosial sebab kalau tak bersosial jadi katak bawah tempurung la kita…hidup tak de makna…. walaupun penah di sakiti, di benci, cemuh, aku rasa tu semua pengalaman ,asam garam dalam membina ukhwah…

Aku pon tak th nak kata dunia ni kecik ke ,besar ke,sedang2….tapi ALLAH tu MAHA mengetahui, kasihi…. Dia dah aturkan seluruh kehidupan ni sebaik baiknya…..cuma makhluknya je yang kadang2 tak sedar kebesaran Dia…. bagi aku ukhwah ni “pi mai pi mai tang tu” gak….makin kita kenal ramai orang, makin besar ukhwah kita dengan orang lain..dan kalau kita sedar kadang2 orang yang kita sebenarnya berkawan,bersosial sebenar saudara kita, kawan kepada kawan kita, kawan kita ms zaman dolu2 ( zaman budak2)….hahaha.. betul tak… mesti bende ni pernah jd kat korang kan??? kan???….

So kat sini aku nak sampaikan..jalin kan la ukhwah sesama kita selagi tidak melanggar syariat Islam…bersosial la selagi tak melanggar hukum Islam… korang akan rasa,alami,senyum,ketawa balik bila terkenangkan ukhwah tersebut… Kerana sebenarnya UKHWAH ITU INDAH..(^_^)

Categories: Kita in (^_^)

Mengapa Mengeluh?

Hari ni aku baru je habis baca 1 novel…tajuk novel tu CURAHAN CINTA NIAGARA karya Maya Iris….mesti korang ingat aku jiwang kan? kan???…. Sebenarnya, novel ni aku dah baca sikit before exam hari tu…masa balik rumah…. Pastu malas nak bawak balik UM, sebab aku tahu kalau aku bawak balik sana, mesti sama ada tak study, or novel tu aku biar je tanpa baca.. so aku tak bawa balik la….

            Sampai je rumah,aku terus cari novel ni…nak teruskan pembacaan setelah lama tertangguh…aku ni kalau baca novel ambil masa sikit… kadang-kadang sebulan belum tentu habis baca novel (sorry novel)….tapi novel ni best sesangat-sangat…. novel ni novel Islamik… banyak pengajaran yang aku dapat dan belajar.. dalam novel ni banyak mengajar macam ne nak jadi muslimah, anak, kawan, dan isteri yang tabah, berjaya,baik dan seangkatan dengannya…Watak utama cerita ni ialah Mira. Dia ni memang seorang yang tabah…..kalau nak tahu baca sendiri ye..hehehe..Cuma kat sini aku nak kongsi beberapa kata semangat yang berpandukan Al-Quran yang memberi semangat pada si Mira ni untuk harungi hidup…..

tajuknya MENGAPA MENGELUH??

 Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

 

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

 

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

 

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?

Quran menjawab: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139

 

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

 

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

 

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab: “Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

 

Kita bertanya: Aku tak tahan dengan ujian ni!!!

Quran menjawab: “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 87

 

Kita bertanya: Sampai bila aku merana begini?

Quran menjawab: ”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”- Surah Al-Insyirah ayat 5-6

 

Kalau kita fikirkan semulakan…sebenarnya Allah S.W.T tu sesangat sayang makhluknya…siapa lagi kalau bukan manusia….dalam Al-Quran pon Dia dah tolong kita….cume kita je yang perlu berusaha untuk menghadapi ujian tersebut…kalau kita ikut jalan yang betul Insya Allah kita berjaya meghadapi ujian tersebut…tapi kalau ambil jalan yang mudah,gelap,hitam,salah itu padan muka kita la…siapa yang salah??? Diri sendiri la.. Am I right?? Allah bagi kita akal fikiran untuk membezakan kita dengan haiwan… so guna la akal fikiran sebaik mungkin… ikut jalan yang betul Insya Allah kita akan berjaya…

Aku rasa banyak yang aku belajar dari novel ni…. Insya Allah aku akan rujuk ayat-ayat Quran kat atas ni untuk panduan hidup aku…. banyak lagi dugaan yang aku akan hadapi lepas ni….Wallahualam…